Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MateBook D 16 kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa komputer riba HUAWEI MateBook D 16 yang dilancarkan untuk pasaran global baru-baru ini telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia.

HUAWEI MateBook D 16 tampil dengan paparan IPS LCD berukuran 16-inci dengan 1920×1200 piksel yang mempunyai nisbah skrin kepada rangka 90% dan menyokong pembukaan dan penutupan sehingga sudut 180°. Panel ini juga mempunyai nisbah 16:10 dengan kecerahan 300nits.

Selain itu, MateBook D 16 ini juga tampil didalam beberapa varian yang menampilkan cip pemprosesan Intel Core i5 H-series generasi ke-12 dan ke-13 bersama grafik Intel UHD atau Intel Core i9 H-series dengan grafik Intel Iris Xe. Ianya juga memiliki 16GB RAM jenis LPDDR4X and storan sehingga 1TB M.2 SSD.

Selain itu, MateBook D 16 juga membawakan ciri Super Hub yang dipertingkatkan seperti Multi-device Collaboration, Huawei Share, Personal Voice Enhancement dan ciri Smart Conference dengan keboleham AI HUAWEI seperti AI Camera, AI Sound Effects, dan Smart Voice untuk mencipta pengalaman persidangan yang mengasyikkan, selamat dan cekap yang menyesuaikan diri dengan persekitaran yang kompleks.

Setiap pra-tempahan HUAWEI MateBook D 16 akan turut menerima langganan Microsoft 360, beg galas HUAWEI, HUAWEI Mouse, HUAWEI Eyewear , HUAWEI Sound Joy dan lanjutan waranti selama 1 tahun. Pra-tempah MateBook D 16 dengan deposit RM 50 sekarang di SINI.

Pelanggan yang berminat untuk mendapatkan HUAWEI MateBook D 16 juga boleh menebus HUAWEI Sound Joy pada harga RM1 (Bernilai RM699) dari 13 Disember 2023 hingga 18 Januari 2024 melalui stor rasmi HUAWEI di Shopee dan Stor Flagship HUAWEI di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.