Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 FE versi Snapdragon 8 Gen 1 mula dilancarkan di pasaran global

Samsung Galaxy S23 FE versi Snapdragon 8 Gen 1 mula dilancarkan di pasaran global 1

samsung galaxy s23 fe malaysia

Samsung Galaxy S23 FE versi Snapdragon 8 Gen 1 mula dilancarkan di pasaran global 2

Samsung Galaxy S23 FE telah dilancarkan pada bulan Oktober yang lalu bersama beberapa lagi peranti Galaxy FE Series yang termasuk tablet dan earbuds.

Ketika pelancaran, Galaxy S23 FE ini tampil didalam dua varian yang menggunakan jenis cipset yang berbeza iaitu Exynos 2200 untuk semua pasaran dan Snapdragon 8 Gen 1 di pasaran Amerika Syarikat sahaja.

Walaubagaimanapun, Samsung dilihat semakin hampir untuk melancarkan versi Snapdragon ini di pasaran India dan ini turut membuka kemungkinan ianya dilancarkan di lebih banyak pasaran global.

Selain perbezaan cipset, kedua-dua varian Galaxy S23 FE ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+, bateri 4,500mAh dengan pengecasan 25W, sensor utama 50MP + sensor ultrawide 12MP + sensor telefoto 8MP dan kamera selfie 10MP.

Buat masa ini masih belum ada pengesahan samada Galaxy S23 FE versi Snapdragon 8 Gen 1 ini akan dilancarkan di Malaysia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.