Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 12 dan OnePlus 12R disahkan akan dilancarkan dipasaran global pada 23 Januari 2024

 OnePlus hari ini telah melancarkan video eksklusif sempena meraikan ulang tahun ke-10 bersama ahli pengasas dan rakan.

Video tersebut mencerminkan pencapaian OnePlus selama sedekad dan membincangkan masa depan syarikat, termasuk peranti flagship OnePlus 12 dan OnePlus 12R yang akan datang, yang akan dilancarkan dipasaran global pada 23 Januari 2024.

Semasa video itu, OnePlus turut mengesahkan bahawa  OnePlus R Series akan ditawarkan dijual di luar pasaeran India dan China buat kali pertama dalam sejarah Series ini bermula dari OnePlus 12R.

Dalam masa yang singkat hanya sepuluh tahun, OnePlus telah berkembang daripada idea yang berani tetapi mudah menjadi jenama teknologi yang terkenal dengan produk dan pengguna di keempat-empat penjuru dunia.

Sehingga kini, OnePlus telah memasuki lebih 50 pasaran di seluruh dunia dan telah membina pangkalan ahli komuniti berdaftar dengan lebih 50.2 juta pengguna. Sehingga penghujung Oktober 2023, jualan global peranti OnePlus telah meningkat 59% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan sebanyak 40% di India, mencerminkan pengembangan dan pengiktirafan antarabangsa yang berterusan bagi jenama itu.

Kedua-dua telefon pintar utama ini akan dilancarkan secara rasmi di majlis Pelancaran OnePlus Smooth Beyond Belief 23 Januari 2024.

Tonton video ulang tahun ke-10 OnePlus :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.