Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Anugerah Fotografi HUAWEI XMAGE 2023 telah menerima 600,000 penyertaan – Malaysia negara global dengan penyertaan tertinggi

Huawei, peneraju global dalam teknologi, telah mengumumkan 57 pemenang Anugerah XMAGE 2023, yang mempamerkan bakat fotografi yang luar biasa bagi individu yang merakam momen dengan peranti Huawei. Antara anugerah yang dianugerahkan ialah tiga pemenang Hadiah Utama, 17 pemenang Terbaik dalam Kategori, 34 Naib Johan, dan tiga Honourable Mentions.

Anugerah XMAGE 2023 ini telah menerima penyertaan dari hampir 100 negara berjumlah 600,000 penyertaan dan telah berlangsung dari 7 April dan 15 Ogos. China mengetuai kumpulan itu, dan mengikuti rapat ialah Malaysia, Türkiye, Poland, Filipina, dan UAE . Model telefon yang paling popular digunakan ialah HUAWEI P60 Pro, HUAWEI P40 Pro dan HUAWEI Mate 40 Pro.

Malaysia mendominasi Anugerah XMAGE 2023 dengan penyertaan tertinggi di kalangan negara global

Malaysia muncul sebagai pasaran global dengan jumlah penyertaan terbanyak, Ini menekankan semangat dan kreativiti jurugambar Malaysia yang memilih peranti Huawei untuk menyatakan perspektif unik mereka.

Salah satu kejayaan paling ketara bagi Malaysia dalam Anugerah XMAGE 2023 ialah bagi seorang guru Matematik yang berdedikasi. Potret menawannya bertajuk “Wistful Reflection” memenangi anugerah berprestij Terbaik dalam Kategori dalam kategori Potret dengan hanya menggunakan HUAWEI Mate 20 Pro.

Tiga gambar pemenang Hadiah Utama yang menawan hati para hakim

“Dragon Clouds” oleh Domcar Calinawan Lagto dari Filipina, “Airshow” oleh Piotr Cebula dari Poland, dan “Fearless Eagle” oleh Dou Chuanli dari China merupakan pemenang hadiah utama. setiap pemenang akan menerima 10,000 USD daripada dana penciptaan XMAGE, untuk menyokong fotografi mereka dan untuk menggalakkan mereka terus menggunakan peranti Huawei pada masa hadapan.

Huawei Malaysia menawarkan promosi menarik untuk peminat fotografi.

Tingkatkan pengalaman fotografi mudah alih anda dengan tawaran eksklusif pada HUAWEI P60 Pro!

Bermula hari ini hingga 31 Disember 2023, pelanggan boleh merebut peluang menikmati peningkatan storan bonus, mendapatkan varian HUAWEI P60 Pro (8GB + 512GB) pada harga menarik RM4,199 yang sama harga bagi storan 256GB.

Tawaran masa terhad ini kini tersedia di  HUAWEI Experience Store , Laman web rasmi HUAWEI, stor rasmi HUAWEI di Shopee dan Lazada.

Untuk mengakses senarai lengkap penerima anugerah, sila navigasi ke tapak web rasmi : https://consumer.huawei.com/en/campaign/xmage.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.