Xiaomi Redmi 13C kini rasmi di Malaysia pada harga RM 499
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar entry-level terbaru mereka iaitu Redmi 13C yang dijangka akan memasuki pasaran global.
Xiaomi Redmi 13C mempunyai rekaan yang sama seperti Poco C66 namun dengan sedikit perbezaan dalaman. Sebagai permulaan ianya dilengkapi skrin LCD berukuran 6.74-inci dengan kadar segar semula 90Hz, cip Helio G85 dengan 6GB RAM bersama storan dalaman 128GB.
Selain itu, Redmi 13C juga memiliki kamera utama 50MP f/1.8 bersama sensor depth 2MP dan sensor sampingan manakala kamera selfie adalah sensor 5MP. Ianya turut memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 18W.
Xiaomi Redmi 13C akan ditawarkan didalam empat warna iaitu White, Blue, Black and Clover Green pada harga RM 499 sahaja.
Dapatkanya di stor rasmi Xiaomi atau secara atas talian di Lazada dan Shopee.