Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab A9 dan Tab A9+ kini di Malaysia – dari RM 899 sahaja

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan tablet Galaxy Tab A9 dan Galaxy Tab A9+ yang merupakan tablet kelas entry-level dengan harga serendah dari RM 899 sahaja di Malaysia.

Samsung Galaxy Tab A9 memiliki skrin paparan LCD berukuran 8.7-inci dengan kadar segar semula 60Hz manakala Galaxy Tab A9+ memiliki skrin bersaiz 11.0-inci  dengan kadar segar semula 90Hz.

Seterusnya, Samsung tidak mendedahkan cipset yang digunakan, namun Galaxy Tab A9 dikatakan memiliki cip Helio G99 (LTE) manakala Galaxy Tab A9+ pula dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 yang turut menawarkan sokongan 5G. Kedua-dua model memiliki 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Beralih kepada bateri, Galaxy Tab A9 tampil dengan sel berkapasiti 5,100mAh manakala Tab A9+ pula memiliki bateri 7,040mAh. Kedua-dua tablet juga mempunyai sokongan pengecasan pantas 15W.

Dalam pada itu, Galaxy Tab A9 mempunyai satu sensor 8MP di bahagian belakang dan satu sensor 2Mp di bahagian hadapan manakala Tab A9+ memiliki sensor belakang yang sama namun sensor hadapan adalah 5MP.

Lain-lain ciri tablet ini adalah quad speaker Dolby Atmos, sokongan kad microSD dan One UI 5.1 yang berasaskan Android 13.

Samsung  Galaxy Tab A9 dan Tab A9+ diyawarkan didalam tiga warna iaitu Graphite, Silver, dan Navy Blue.

Berikut adalah harga bagi Galaxy Tab A9 dan Galaxy Tab A9+ :

  • Samsung Galaxy Tab A9 LTE – RM 899
  • Samsung Galaxy Tab A9+ Wi-Fi – RM 1,099
  • Samsung Galaxy Tab A9+ 5G – RM 1,649

Akhir sekali, Samsung juga menawarkan 3 bulan langganan Viu Premium bernilai RM 29.90 secara percuma dan diskaun sehingga 30% bagi pembelian PWP untuk Samsung Care+ dan aksesori terpilih Samsung .

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.