Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy S23 FE – Alternatif flagship yang lebih berbaloi

Pengenalan

Samsung Galaxy S23 FE tahun ini telah menyaksikan syarikat gergasi Korea Selatan ini memperkenalkanya sebahagian daripada Galaxy FE Series yang juga terdiri daripada tablet Galaxy Tab S9 FE dan Galaxy Buds FE.

Ini memberikan petunjuk bahawa Galaxy FE Series akan menjadi satu portfolio produk setaraf peranti flagship namun pada harga yang lebih berpatutan selain turut memberikan petunjuk penting bahawa ianya akan dilancarkan setiap tahun.

Selain itu, kehadiran Galaxy S23 FE ini adalah selepas Samsung tidak memperkenalkan Galaxy S22 FE tahun lalu yang juga telah menyebabkan  khabar angin bahawa mengatakan telefon pintar Fan Edition ini tidak akan dilancarkan lagi.

Sehubungan dengan ini Samsung kini memberikan peminat Samsung yang mahu memiliki telefon pintar flagship pada harga lebih berpatutan namun persoalan yang perlu dijawab adalah samada ianya berbaloi atau pun tidak.

Untuk itu, kami telah membuat ulasan bagi Galaxy S23 FE dan ini adalah apa pendapat kami mengenainya. Jom baca!

Reka Bentuk

Samsung Galaxy S23 FE boleh dikatakan telah mewarisi rekaan Samsung Galaxy S Series atau secara spesifiknya Galaxy S23 dan Galaxy S23+.

Samsung Galaxy S23 FE mewarisi rekaan ikonik Galaxy S Series dengan reka bentuk modul kamera yang dikenali sebagai floating camera dan model tahun ini juga menyaksikan Samsung menggunakan rangka aluminium dan gelas berbanding rangka aluminium dan panel plastik seperti pada model Galaxy FE sebelum ini.

Bercakap mengenai rangka aluminium ini, ianya bukan lah Armour Aluminium seperti yang digunakan pada Galaxy S23 Series namun ianya adalah satu penambahbaikan yang positif. Tidak kira warna apa anda pilih untuk beli, rangka ini akan ini tampil didalam warna perak yang premium dan elegan.

Selain itu, panel belakang Galaxy S23 FE diperbuat daripada gelas yang turut dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass 5 yang dilihat mampu melindungi panel belakang anda daripada calar dan retakan apabila terjatuh. Galaxy S23 FE ditawarkan didalam 4 warna iaitu Graphite,Purple, Cream dan Mint seperti unit ulasan kami namun kemasan berkilat ini akan menyebabkan kesan capjari kelihatan dan pembersihan secara berkala adalah wajib.

Seterusnya, panel hadapan Samsung Galaxy S23 FE menyaksikan penggunaan paparan yang flat yang lebih menjadi pilihan berbanding paparan curved pada sisi dan panel skrin Dynamic AMOLED 2x ini turut dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass 5. Sedikit mengecewakan adalah bezel pada sekeliling skrin adalah sedikit tebal terutamanya pada bahagian bawah.

Dalam pada itu, kedudukan butang pada telefon pintar ini adalah seperti kebanyakkan telefon pintar Samsung Galaxy yang lain iaitu butang kuasa dan butang kelantangan bunyi pada sisi kanan. Pada bahagian bawah pula terdapat slot USB-C dan gril pembesar suara stereo dan dua lubang mikrofon. Slot SIM kini diletakkan pada bahagian sisi atas bersama satu lagi mikrofon.

Dalam pada itu, ukuran dimensi Galaxy S23 FE ini adalah 158.0 x 76.5 x 8.2mm dengan berat 209gram.

Secara keseluruhan, kami berpendapat bahawa rekaan Galaxy S23 FE ini adalah sangat sama seperti Galaxy S23 dan Galaxy S23+ dan ianya adalah sesuatu yang jauh lebih baik apabila dibandingkan dengan generasi Galaxy S FE sebelum ini.

Skrin Paparan

Samsung Galaxy S23 FE tampil dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2X yang berukuran 6.4-inci dan ianya memberikan anda resolusi FHD+ dengan kepadatan piksel pada skrin 441ppi.

Panel Dynamic AMOLED 2X ini juga menyokong kadar segar semula 120Hz dan Samsung menawarkan dua tetapan Motion Smoothness iaitu standard yang menawarkan kadar segar 60Hz dan Adaptive yang menawarkan kadar segar dinamik sehingga 120Hz mengikut kandungan pada skrin.

Selain itu, panel skrin Samsung Galaxy S23 FE 5G ini juga mempunyai sokongan HDR10+ dan ianya turut menawarkan kadar kecerahan maksima mencecah 1,450 nits yang hampir setaraf kepada kecerahan yang ditawarkan pada peranti flagship utama. Ianya juga menawarkan penggunaan dibawah cahaya matahari yang lebih jelas dengan teknologi Vision Booster.

Selain itu, Samsung juga menawarkan dua mod warna skrin iaitu Vivid untuk warna yang lebih berwarna atau Natural untuk paparan warna yang lebih semulajadi. Terdapat juga ciri eye comfort shield yang menapis cahaya biru.

Dalam pada itu, untuk ciri biometrik, Samsung Galaxy S23 FE dilengkapi dengan pengimbas capjari dibawah skrin iaitu jenis optikal yang sedikit perlahan berbanding sensor ultrasonik yang digunakan pada model Galaxy S23 Series yang lain.

Akhir sekali pada itu, skrin paparan Samsung Galaxy S23 FE  ini ternyata mampu menawarkan kualiti visual setaraf flagship dan panel Dynamic AMOLED 2x ini juga menawarkan kadar segar semula adaptive sehingga 120Hz dan kecerahan maksima yang tinggi.

Pemproses

Samsung Galaxy S23 FE dikuasakan dengan cip Exynos 2200 yang merupakan sebuah cipset kelas flagship yang pertama kali digunakan pada Galaxy S22 Series. Menariknya  Galaxy S23 FE juga merupakan telefon pintar pertama Samsung di Malaysia untuk menggunakan cipset Exynos 2200 ini.

Kemampuan cipset Exynos 2200 adalah sesuatu yang sering menjadi topik hangat sejak pelancaran Galaxy S23 FE kerana ianya mempunyai isu pemanasan dan kecekapan tenaga pada Galaxy S22 Series.

Walaubagaimanapun, Samsung telah membaiki semua kelemahan ini pada Galaxy S23 FE. Prestasi pada telefon ini adalah lancar dan ianya mengendalikan apa sahaja tugasan tanpa sebarang masalah . Operasi cipset ini pada tahap maksima juga dapat dikekalkan dengan penggunaan ruang wap yang lebih besar dan boleh mengekalkan kadar bingkai yang lebih tinggi untuk  tempoh lebih lama ketika permainan video.

Seterusnya, Galaxy S23 juga memiliki GPU Xclipse yang sama seperti Galaxy S22 yang berdasarkan binaan RDNA 2 AMD yang menyokong ciri Ray tracing.

Selain itu, Galaxy S23 FE juga memiliki 8GB RAM bersama storan dalaman 128GB atau 256GB yang merupakan jenis UFS 3.1. Ciri RAM Plus turut disertakan yang membolehkan anda menetapkan tambahan sehingga 8GB RAM virtual yang membolehkan lebih banyak aplikasi di buka pada latar belakang.

Dari segi perisian pula, Galaxy S23 FE dilancarkan dengan One UI 5.1 yang berasakan Android 13 dan ianya dijangka akan menjadi antara telefon pintar pertama Samsung untuk menerima kemaskini One UI 6.0 yang berasaskan Android 14.

Selain itu, Samsung juga menjanjikan bahawa Galaxy S23 FE akan menerima 4 kemaksini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan yang merupakan antara yang terbaik dipasaran Android.

Kamera

Samsung Galaxy S23 FE menampilkan tiga modul kamera dibelakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP, sensor telefoto 8MP yang menawarkan 3x zoom optikal dan sensor ultrawide 12MP. Sensor utama adalah satu-satunya sensor yang telah ditukar apabila dibandingkan dengan generasi sebelum ini dan ini memberikan pengguna satu pakej kamera yang lebih baik.

Kualiti gambar pada keadaan cahaya yang sempurna ternyata mampu memuaskan hati kesemua pengguna dengan kecerahan dimana setiap sudut imej adalah jelas dan teliti.

Selain itu, kualiti gambar pada waktu cahaya rendah dan malam juga dilihat lebih baik dan aplikasi kamera juga akan mengaktifkan mod malam secara automatik apabila keadaan terlalu gelap namun anda boleh menyahaktifkanya dengan menekan ikon 🌙.

Dalam pada itu, prestasi sensor telefoto 3x adalah memuaskan walaupun pada mod biasa atau mod portrait  dan gambar di ambil pada mod portrait juga tampil dengan pembahagian subjek dan latar belakang yang sempurna bagi mata kami.

Seterusnya adalah sensor ultrawide 12MP, Ianya menawarkan anda gambar yang lebih lebar dan hasil gambar yang diperoleh boleh dikategorikan sebagai baik tidak kira pada waktu siang mahupun malam.

Bercakap mengenai kamera selfie, Samsung Galaxy S23 FE menampilkan sensor 10MP yang merupakan sensor yang lebih berkualiti dan sama seperti yang ditawarkan pada telefon pintar flagship Samsung yang lain.  Hasil

gambar daripada kamera selfie boleh dikatakan cukup baik untuk memenuhi keperluan selfie dan portrait pengguna yang juga boleh dimuat naik ke akaun media sosial.

Berikut adalah hasil gambar dari Samsung Galaxy S23 FE :

Bateri

Samsung Galaxy S23 FE tampil dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang merupakan kapasiti bateri yang sama seperti Galaxy S21 FE dan Galaxy S20 FE. Ianya turut disertakan dengan teknologi pengecasan 25W yang mampu memberikan anda satu caj penuh didalam masa 80 minit atau separuh kapasiti didalam masa 30 minit.

Selain itu, Samsung Galaxy S23 FE  juga menyokong pengecasan tanpa wayar Fast Wireless Charging 2.0 pada kadar 15W manakala pengecasan berbalik Wireless PowerShare juga disertakan namun peranti anda harus mempunyai bateri melebihi 30% untuk mengecas peranti lain.

Samsung Galaxy S23 FE Malaysia

Penutup

Selepas menyepi hampir satu generasi, kemunculan Samsung Galaxy S23 FE didalam Galaxy FE Series yang baharu dilihat mempunyai potensi untuk menjadi antara telefon pintar yang lebih hampir kepada peranti flagship namun pada harga lebih berpatutan.

Walaupun pasti ada kesangsian mengenai cipset Exynos 2200 yang dilihat mempunyai isu pada Galaxy S22 Series, Samsung telah melakukan optimasi dan pengurusan terma yang lebih efektif untuk memastikan pretasi telefon pintar ini adalah konsisten.

Jika anda merupakan seorang peminat Samsung yang mencari telefon pintar flagship pada harga lebih bajet, Galaxy S23 FE merupakan satu pilihan yang terbaik bagi anda.

Samsung Galaxy S23 FE kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,999 dengan pelbagai promosi dan diskaun menarik.

Dapatkanya di Samsung Online Store atau Samsung Experience Store berhampiran anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.