Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X9b akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor X9b akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi  dengan reputasi sebagai telefon pintar paling tahan lasak.

Honor X9b dilancarkan selang beberapa selepas Honor X9a dan ‘b’ pada model ini melambangkan “beyond tough (jauh lebih kukuh)”, memberikan petunjik bahawa X9b bakal menjadi juara terunggul dari segi ketahanan dengan rekaan All-Angle Ultra Tough.

Selain itu, Honor X9b juga akan memiliki paparan Ultra-Bounce Anti-Drop yang menampilkan rekaan kukuh secara keseluruhanya dan ianya juga mempunyai bahan penyerapan hentakan sehingga 1.2 kali dan ianya juga merupakan telefon pintar pertama didunia untuk menerima pensijilan 5-star all-angle drop resistance daripada SGS Switzerland.

Honor X9b dijangka akan tampil dengan harga yang berpatutan apabila ianya memasuki pasaran Malaysia kelak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.