Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 6 MLBB M5 Special Edition kini rasmi di Malaysia – berharga RM 2,299

Asus secara rasminya telah melancarkan ROG Phone 6 MLBB M5 Special Edition di Malaysia yang tampil didalam kotak eksklusif bagi 2023 MLBB M5 World Championship sempena meraikan perjanjian penajaan 2 tahun ROG.

Selain itu, telefon pintar ROG Phone 6 MLBB ini adalah berinsipirasikan watak lagenda MLBB iaitu hero Yu Zhong dan kotak eksklusif ini juga mengandungi Yu Zhong Devilcase, MLBB badge holder, kain pembersih skrin MLBB dan AeroActive Cooler 6 yang bernilai RM 788.

Bercakap mengenai spesifikasi, ianya adalah sama seperti Asus ROG Phone 6 yang memiliki cip Snapdragon 8+ Gen 1, 16GB RAM LPPDR5 dan storan 256GB UFS 3.1

Asus ROG Phone 6 MLBB M5 Edisi Khas boleh didapati dengan harga RM 2,299 (12GB RAM / 256GB Storan) mulai 12 Oktober 2023 di Malaysia daripada semua pengedar sah ROG & saluran dalam talian (ASUS eStore, Shopee & Lazada).

Selain itu, 500 pembelian pertama ROG Phone 6 MLBB M5 Edisi Khas juga akan menerim  500 MLBB Berlian untuk meningkatkan permainan mereka.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.