Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI bakal mengadakan roadshow eksklusif Watch GT 4 di IOI City Mall hujung minggu ini

Bersempena dengan pelancaran HUAWEI Watch GT 4 Series dan Sukan ASIA 2022 baru-baru ini, Huawei akan menganjurkan roadshow eksklusif di IOI City Mall, Putrajaya.

Semasa jerayawara itu, Huawei juga akan memberi penghormatan kepada pemenang pingat Sukan Asia 2022 dengan menghadiahkan jam HUAWEI WATCH GT 4 sebagai penghargaan kepada pencapaian cemerlang para atlet ini dengan meraikan dedikasi dan kerja keras mereka.

Selain itu, rakyat Malaysia yang melawat jerayawara itu juga akan berpeluang untuk membuat pra-pesanan HUAWEI WATCH GT 4  dan menikmati hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM580, berserta rebat segera sehingga RM4,400 untuk produk terpilih*.

Datang dan lawati jerayawara eksklusif HUAWEI ini di sini:
• Tarikh: 11 – 15 Oktober 2023
• Tempat: Ground Floor East Court, IOI City Mall, Putrajaya

Bagi mereka yang ingin menceriakan atlet kesayangan mereka, majlis penganugerahan akan diadakan pada hari Sabtu, 14 Oktober 2023 jam 2.00 petang, yang turut akan dirasmikan & disaksikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia & Sukan. Dato’ Pandelela Rinong (Terjun), Ng Yan Yee (Terjun) dan Tan Cheong Min (Wushu) akan menjadi antara 60 atlet yang menghadiri majlis tersebut.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada acara menarik ini, menguji teknologi terkini, dan meraikan pencapaian pemenang pingat Sukan Asia 2022 !

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.