Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13T Series mula dijual di Malaysia pada 7 Oktober ini

Xiaomi 13T Series yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini akan ditawarkan secara rasmi bermula 7 Oktober ini pada harga dari RM 1,799.

Xiaomi 13T Pro dan Xiaomi 13T kini tersedia untuk pembelian di stor rasmi Xiaomi dan peruncit rasmi lain di Malaysia, dan stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee. Dalam tempoh ini, pelanggan juga akan mendapat hadiah percuma* dengan  pembelian Xiaomi 13T Series.

Setiap pembelian Xiaomi 13T Series juga akan menerima pakej premium yang merangkumi penggantian skrin percuma (dalam tempoh enam bulan selepas pembelian) bernilai RM 299, storan awan 100GB Google One selama 6 bulan dan 1+1 tahun jaminan lanjutan.

Selain itu, pembeli juga boleh menikmati harga istimewa bagi   Xiaomi Watch 2 Pro dan Xiaomi Smart Band 8 yang baru dilancarkan, masing-masing pada harga RM 999 dan RM 159. Sementara itu, Redmi Pad SE, berharga RM799 boleh didapati di stor mulai 7 Oktober.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.