Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 FE tiba di Malaysia 10 Oktober ini – Diskaun RM 500 dengan menyertai #GalaxyTroop

Samsung Galaxy S23 FE telah dilancarkan baru-baru ini dan ianya mula ditawarkan di Malaysia pada 10 Oktober ini pada harga dari RM 2,999.

Sempena pelancaran Galaxy S23 FE di Malaysia, Samsung Malaysia telah mengumumkan promosi khas yang akan berlangsung dari 10 Oktober sehingga 30 November 2023 seperti berikut :

  • promosi storan berganda dengan diskaun sebanyak RM 300 bagi Galaxy S23 FE 256GB
  • diskaun sehingga 30%  pembelian dengan pembelian (PWP) bagi Samsung Care+, Galaxy Tab Series, Galaxy Buds Series yang terpilih dan Aksesori Samsung.
  • Daftar sebagai #GalaxyTroop dan dapatkan diskaun sebanyak RM 500
  • Nikmati rebat RM 350 dengan trade-in

Samsung Galaxy S23 FE akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Mint, Cream, Graphite dan Purple pada harga RM 2,999 bagi versi 128GB dan RM 3,299 bagi versi 256GB.

Ikuti perkembangan, sertai #GalaxyTroop

Jadilah #GalaxyTroop untuk menikmati ganjaran ahli Samsung Finally Monday Epic Rewards. Dapatkan permulaan yang hebat untuk minggu ini dengan tawaran mingguan eksklusif, dari sekarang hingga 6 November 2023.

Langkah 1: Pengguna Galaxy dan Ahli Samsung akan menerima e-mel untuk mendaftarkan butiran mereka.

Langkah 2: Mereka yang mendaftar akan menerima e-mel yang mengandungi hadiah mingguan.

Langkah 3: Semak e-mel anda setiap hari Isnin untuk pautan ke aplikaso Samsung Members untuk memuaturun baucar terhad.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.