Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch GT 4 kini rasmi di Malaysia dengan rekaan lebih premium – harga dari RM 1,099 sahaja

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan generasi terbaru jam tangan pintar HUAWEI Watch GT 4 Series di Malaysia sebentar tadi.

HUAWEI WATCH GT 4 merupakan generasi terbaharu siri flagship WATCH GT yang memperkenalkan ciri reka bentuk yang dipertingkatkan dengan fungsi kesihatan dan kecergasan yang berkuasa. Ianya ditawarkan didalam dua saiz kerangka iaitu 46mm dan 41mm,.

HUAWEI Watch GT 4 ditawarkan didalam skrin paparan AMOLED berukuran 1.43-inci (326ppi) pada model 46mm dan skrin paparan berukuran 1.32-inci (352ppi) dengan resolusi 466 x 466 piksel.

Seterusnya, HUAWEI WATCH GT 4 memilik lebih daripada 25,000 muka jam yang tersedia dalam galeri dan membolehkan pengguna menyesuaikan mengikut gaya hidup dan kesukaan mereka untuk mengalami genre reka bentuk yang berbeza. Selain itu, Always On Display (AOD) juga menyediakan akses mudah kepada pelbagai maklumat, yang amat berguna untuk individu sibuk yang sentiasa sibuk dengan tugasan atau mesyuarat seterusnya.

Dari segi kesihatan, Teknologi TruSeen 5.5+ juga membawakan teknologi TrueSleep 3.0 yang menganalisa kualiti tidur anda dengan lebih menyeluruh. Ciri Sleep Breathing Awareness pula mengawasi kadar denyutan jantung dan SpO2 anda semasa anda tidur seterusnya akan bertindak  memaklumkan anda tentang sebarang masalah pernafasan.

Selain itu, HUAWEI Watch GT 4 juga memiliki ciri Menstrual Cycle Management 3.0 yang 15% lebih tepat berbanding jam tangan pintar lain dipasaran, ciri Stay Fit , menyokong lebih 100+ aktiviti kecergasan dan boleh digunakan bersama peranti Android atau iOS.

Selain itu, HUAWEI Watch GT 4 Series juga tampil dengan jangka hayat bateri sehingga 2 minggu bagi versi 46mm manakala versi 41mm memiliki jangka hayat bateri sehingga 7 hari iaitu 20% lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

HUAWEI WATCH GT 4 dalam 46mm didatangkan dalam empat  warna berbeza – Grey,Green,Brown Black pada harga dari RM 1,099 manakala HUAWEI WATCH GT 4 dalam 41mm didatangkan dalam tiga  warna berbeza – Silver, White dan Black juga pada harga dari RM 1,099.

HUAWEI Watch GT 4 kini ditawarkan untuk pra-tempahan di Malaysia melalui HUAWEI Experience Stores, HUAWEI Official Website dan HUAWEI Official Store di Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.