Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad 11 PaperMatte Edition kini rasmi di Malaysia – RM 2,299

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatter Edition

 Bersama pelancaran HUAWEI  Watch GT 4 Series di Malaysia, HUAWEI juga telah melancarkan  tablet HUAWEI MatePad 11 PaperMatte Edition.

HUAWEI MatePad 11 PaperMatte Edition ini tampil dengan skrin PaperMatte yang hadir dengan lapisan nano seperti kertas yang kurang silau , kurang ketegangan mata dan pengalaman menulis yang lebih semula jadi dengan stylus M-Pencil generasi kedua.

Selain daripada perbezaan skrin, HUAWEI MatePad 11 PaperMatte ini tampil dengan spesifikasi yang sama seperti versi biasa iaitu skrin paparan TFT LCD berukuran 11.0-inci dengan resolusi 2.5K dan sokongan kadar segar semula 120Hz, cip 4nm Snapdragon 7 Gen 1 4G , 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan sistem operasi HarmonyOS 3.1.

Selain itu, HUAWEI MatePad 11 PaperMatte Edition ini juga menawarkan sokongan HUAWEI M-Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard. Tablet ini juga menawarkan ciri seperti SuperHub, SuperDevice dengan HarmonyOS dan Histen 8.0 quad-speaker.

Seterusnya, MatePad 11 edisi khas ini juga memiliki kamera 13MP dibahagian belakang manakala kamera hadapan adalah 8MP. Tablet ini juga memiliki bateri 7,700mAh bersama sokongan pengecasan pantas 22.5W.

Akhir sekali, MatePad 11 PaperMatte kini ditawarkan didalam warna  Space Gray pada harga RM 2,299 (8/129GB Wi-Fi)  di  HUAWEI Experience Stores, HUAWEI Official Website dan HUAWEI Official Store di Shopee

Akhir sekali, setiap pembelian MatePad 11 PaperMatte Edition ini akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,496 yang termasuk HUAWEI M-Pensil,  HUAWEI MatePad Detachable Smart Keyboard, kain penggilap mikrofiber dan pelan perlindungan skrin 6 bulan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.