Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI FreeBuds Pro 3 kini rasmi di Malaysia – TWS flagship terbaru pada harga RM 899

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan earbuds TWS flagship terbaru mereka iaitu HUAWEI FreeBuds Pro 3.

HUAWEI FreeBuds Pro 3 tampil dengan sistem dual-driver yang menjanjikan bunyi treble yang lebih jelas dan base yang lebih mendalam. Ianya juga menawarkan Triple Adaptive EQ untuk bunyi lebih imersif dan terdapat juga sokongan bagi kodek audio LDAC dan L2HC 2.0.

Selain itu, FreeBuds Pro 3 juga membawakan sistem Intelligent Dynamic ANC yang menjanjikan pembatalan bunyi hingar aktif yang lebih menyeluruh dan mikrofon Pure Voice 2.0 menjanjikan kualiti audio yang jelas ketika panggilan.

Dalam pada itu, jangka hayat bateri TWS ini adalah 31 jam dan ianya juga tampil dengan dual device pairing.

Huawei FreeBuds Pro 3 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 899 bermula 21 Oktober di Huawei Experience Store, Huawei Official Website, Huawei Official Store di Shopee dan Huawei Flagship Store di Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.