Samsung Galaxy S23 FE kini rasmi harga dari RM 2,999 – jualan bermula 10 Oktober
Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Galaxy FE Series yang menyaksikan syarikat bukan hanya memperkenalkan Galaxy S23 FE, malah turut memperkenalkan Galaxy Tab S9 FE dan Galaxy Buds FE.
Samsung Galaxy S23 FE adalah tumpuan pada artikel ini dan ianya tampil dengan rekaan yang sama seperti Galaxy S23 namun tampil dengan rangka dan komponen dalaman yang diperbuat daripada bahan kitar semula iaitu rangka aluminium dan gelas.
Terus kepada spesifikasi, Galaxy S23 FE tampil dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.4-inci yang membawakan kadar segar semula 60Hz-120Hz pada resolusi FHD+. Ianya akan dijana cip 4nm yang bermaksud ianya adalah cip Snapdragon 8 Gen 1 atau Exynos 2200 bersama 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.
Seterusnya, Galaxy S23 FE tampil dengan sensor utama 50MP (OIS), sensor ultrawide 10MP 123° dan sensor telefoto 8MP 3x zoom. Kamera selfie adalah 10MP.
Dalam pada itu, Galaxy S23 FE masih menawarkan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan 25W (0-50% dalam 30 minit), pengecasan tanpa wayar kalis air IP68, antaramuka One UI 5.1 yang berasaskan Android 13.
Samsung Galaxy S23 FE akan ditawarkan di Malaysia bermula 10 Oktober ini pada harga RM 2,999 (8/128GB) dan RM 3,192 (8/256GB) didalam 4 warna iaitu Mint, Cream, Graphite dan Purple.