Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S9 FE dan Tab S9 FE+ kini rasmi – harga dari RM 2,099

Selain telefon pintar Galaxy S23 FE, Samsung Galaxy FE Series juga menyaksikan syarikat ini memperkenalkan tablet Galaxy Tab S9 FE dan Galaxy Tab S9+ FE.

Samsung Galaxy Tab S9 FE dan Galaxy Tab S9+ FE tampil dengan paparan IPS LCD dengan kadar segar semula 90Hz berukuran 10.9-inci dan 12.4-inci. Ianya juga menawarkan ciri Vision Booster dan dwi-speaker Dolby Atmos bersama penarafan IP68 dan S Pen disertakan dalam kotak.

Selain itu, kedua tablet ini dikuasakan cip Exynos 1380 yang dipadankan dengan 6/8GB RAM pada Tab S9 FE atau 8/12GB RAM pada Tab S9+ FE. Pilihan storan dalaman adalah 128GB atau 256GB.

Pada bahagian kamera pula, Tab S9 FE dan Tab S9 FE+ memiliki sensor utama 8MP dan sensor kamera hadapan ultra-wide 12MP namun Tab S9+ FE juga memiliki tambahan satu sensor ultra-wide 8MP dibahagian belakang.

Seterusnya, Galaxy Tab S9 FE memiliki bateri 8,000mAh manakala Tab S9 FE+ memiliki bateri 10,090mAh yang membawakan sokongan pengecasan pantas 45W.

Samsung Galaxy Tab S9 FE dan Tab S9 FE+ akan tampil dalam 4 warna iaitu Mint, Lavender, Gray dan Silver didalam versi Wi-Fi atau 5G pada harga yang bermula dari RM 2,099.

Berikut adalah harga Galaxy Tab S9 FE dan Galaxy Tab S9 FE+ di Malaysia yang akan ditawarkan bermula 10 Oktober :

  • Galaxy Tab S9 FE (WiFi) 6GB+128GB – RM 2,099
  • Galaxy Tab S9 FE (5G) 6GB+128GB – RM 2,699
  • Galaxy Tab S9 FE (WiFi) 8GB+256GB – RM 2,399
  • Galaxy Tab S9 FE (5G) 8GB+256GB – RM 2,999
  • Galaxy Tab S9 FE+ (WiFi) 8GB+128GB – RM 2,799
  • Galaxy Tab S9 FE+ (5G) 8GB+128GB – RM 3,399
  • Galaxy Tab S9 FE+ (WiFi) 12GB + 256GB – RM 3,099
  • Galaxy Tab S9 FE+ (5G) 12GB + 256GB – RM 3,699

Samsung Galaxy S23 FE kini rasmi harga dari RM 2,999 – jualan bermula 10 Oktober

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.