Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple dilaporkan berminat untuk membida hak penyiaran Formula 1 bernilai $2 bilion

Apple dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membida bagi hak penyiaran perlumbaan Formula 1 secara eksklusif.

Business F1 melaporkan bahawa ini akan menelan kos sebanyak $2 bilion setahun iaitu dua kali ganda daripada jumlah yang diterima dari hak penyiaran global namun memandangkan perjanjian sebelum ini belum tamat, Apple dilihat perlu menunggu beberapa untuk mendapat hak penyiaran eksklusif.

Ini bermaksud bahawa Apple tidak akan membayar $2 bilion setahun kerana ianya adalah kos untuk hak penyiaran eksklusif yang mungkin hanya akan bermula 5 tahun selepas perjanjian 7 tahun ini dimeterai.

Apple melihat ini sebagai satu lagi potensi untuk meningkatkan jumlah langganan Apple TV+ selepas pertumbuhan tinggi yang dikecapi hasil perjanjian hak penyiaran Major League Soccer yang bernilai $250 setahun.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.