Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO sahkan Find N3 Flip akan dilancarkan di Malaysia

Oppo dilaporkan bakal memperkenalkan generasi baharu telefon pintar clamshell Oppo Find N3 Flip di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Pengesahan ini telah dikongsikan melalui akaun rasmi Facebook Oppo Malaysia dan Find N3 Flip telah dilancarkan di China pada penghujung bulan Ogos yang lalu.

Find N3 Flip adalah generasi baharu telefon pintar clamshell daripada syarikat ini dan ianya tampil juga dengan sistem tri-kamera Hasselblad.

Walaupun telah mengesahkan bahawa Find N3 Flip ini akan memasuki pasaran Malaysia, pihak Oppo Malaysia tidak berkongsi sebarang maklumat tarikh pelancaran buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.