Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Vivobook 16 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,599

Asus secara rasminya telah mengumumkan bahawa komputer riba Asus Vivobook 16 kini ditawarkan di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 2,599 sahaja.

Asus Vivobook 16 ini tampil didalam dua varian yang menggunakan cip AMD iaitu Ryzen 5 7530U bersama 8GB RAM manakala versi Ryzen 7 7730U pula tampil dengan 16GB RAM ( 3200 MHz DDR4). Kedua model ini memiliki storan NVMe PCIe 3.0 SSD 512GB.

Selain itu, Vivobook 16 ini juga tampil dengan skrin WUXGA (1920 x 1200) 16:10 LCD berukuran 16.0-inci pada rangka komputer riba dengan skrin 15.6-inci dan ianya mempunyai berat sekitar 1.8kg.

Seterusnya, Vivobook 16 juga memiliki sistem penyejukan ASUS IceBlade, WiFi 6E dengan teknologi ASUS WiFi Master, bateri 42 Wh dengan pengecasan 45W dan grafik AMD Radeod serta Bluetooth 5.3.

Akhir sekali, antara slot I/O yang ditawarkan adalah seperti berikut

  • 1x USB 2.0 Type-A
  • 1x USB 3.2 Gen 1 Type-C  (power delivery)
  • 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A
  • 1x HDMI 1.4
  • 1x 3.5mm Combo Audio Jack
  • 1x DC-in

Asus Vivobook 16 kini ditawarkan pada harga RM 2,599 bagi model Ryzen 5 7530U dan RM 2,999 bagi model Ryzen 7 7730U.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.