Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 15 Series kini rasmi di Malaysia – tempoh menunggu lebih lama bagi iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max

Apple iPhone 15 Series kini telah mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia selepas pra-tempahan dibuka pada 22 September yang lalu.

Bagi yang membuat pra-tempahan pada 22 September, mereka telah mula menerima iPhone 15 Series pilihan mereka hari ini namun bagi yang membuat pra-tempahan lebib lewat, anda mungkin akan menerimanya didalam masa 2 hingga 3 minggu dari tarikh pra-tempahan terutamanya bagi iPhone 15 Pro dan iPhone Pro Max.

Selain itu, berdasarkan tinjauan kami di Apple Online Store mendapati stok bagi iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max hanya akan tiba sekitar penghujung bulan Oktober.

Dalam pada itu, tempoh menunggu bagi iPhone 15 dan iPhone 15 Plus adalah lebih pendek yang mana dijangka akan menerima tempahan anda sekitar pertengahan bulan Oktober.

Selain itu, wakil pengedar rasmi Apple seperti Machines, Switch dan IT World juga menawarkan pelbagai promosi bagi pembelian iPhone 15 Series melalui pelan EPP ataupun secara tunai.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.