Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 6 MLBB Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Oktober

Telefon pintar gaming Asus ROG Phone 6 mempunyai beberapa keluaran khas seperti Batman Edition dan Diablo Immortal Edition dan kini Asus telah mengesahkan bahawa satu lagi edisi khas akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Oktober ini.

Kini, Asus telah mengesahkan bahawa ROG Phone 6 Mobil Legend : Bang Bang Edition (MLBB) akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Oktober ini.

Selain itu, ROG Phone 6 adalah telefon pintar gaming Asus yang dilancarkan pada Julai tahun lalu dan agak mengejutkan juga kenapa ROG Phone 7 tidak terpilih untuk koloborasi dengan permainan video popular ini.

Selain Asus ROG Phone 6 MLBB Edition, Asus juga telah mengesahkan bahawa ROG Slash 3.0 bags akan turut dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.