Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 FE akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Oktober ini

Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa Samsung Galaxy S23 FE akan dilancarkan dipasaran India pada 4 Oktober ini.

Perkara ini telah disahkan melalui akaun X rasmi Samsung India dan pelancaran ini juga dijangka akan menyaksikan pelancaran dua lagi produk Fan Edition iaitu Galaxy Tab S9 FE dan Galaxy Buds FE.

Selain itu, Samsung tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai spesifikasi telefon pintar ini namun ianya dijangka akan tampil dengan skrin paparan 120Hz Dynamic AMOLED berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+, cip Snapdragon 8 Gen 1 atau Exynos 2200, 12GB RAM, 256GB storan dalaman dan bateri 2,500mAh debgan pengecasan pantas 25W.

Selain itu, Galaxy S23 FE juga akan memiliki sensor utama 50MP dengan OIS, sensor telefoto 12MP dan sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie adalah 10MP.

Apa yang pelik adalah, pelancaran Galaxy S23 FE tidak berlangsung sebagai satu pelancaran global yang mungkin bermaksud telefon pintar ini hanya akan ditawarkan dipasaran tertentu.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.