Trapo i-sight Dashcam kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 219 sahaja
Trapo secara rasminya telah memperkenalkan dashcam pertama keluaran syarikat ini iaitu Trapo i-sight Dashcam yang ditawarkan didalam dua model iaitu Trapo i-sight Dashcam T-550 dan Trapo i-sight Dashcam T-350 pada harga dari RM 219.
Trapo i-sight Dashcam T-550 menampilkan penggunaan sensor 5MP Coms yang mampu merakam video 4K + 1080p Sharp Vision dan ianya turut disertakan dengan ciri Wide Dynamic Range yang menawarkan kualiti video yang lebih jelas walaupun pada keadaan cahaya malap. Trapo i-sight Dashcam T-350 menawarkan rakaman video 2K + 1080p.
Selain itu, Trapo i-sight Dashcam juga menawarkan pelbagai ciri keselamatan seperti pengesanan G-Sensor, GPS-terbinq, Super Night Vision, arahan suara, rakaman Loop Recording dan pemantauan tempat letak kereta 24 jam dengan Hardwire Kit.
Seterusnya, Trapo i-sight Dashcam juga disertakan dengan aplikasi khas Trapo i-Sight yang memudahkan lagi tetapan dan akses penuh kepada segala fungsi dashcam ini. ianya juga menyokong kad microSD sehingga 128GB. Ianya dilengkapi bateri Super Capacitor yang mempunyai ketahanan haba yang lebih tinggi.
Trapo i-sight Dashcam T-550 akan ditawarkan pada harga RM 549 manakala Trapo i-sight Dashcam T-350 akan ditawarkan pada harga RM 219 sahaja.
Bersempena dengan jualan rasmi pertama pada 6 Oktober ini di Ladaa, Trapo akan menawarkan Trapo i-sight Dashcam T-550 pada harga RM 469 (percuma kad microSD 128GB) dan Trapo i-sight Dashcam T-350 pada harga RM 199 ( percuma kad microSD 64GB) bagi 100 pembelian pertama.