Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C51 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 549

realme telah mengesahkan bahawa realme C51 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 549.

realme C51 merupakan model realme C Series yang lebih berpatutan dan ianya akan tampil dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.74-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan animasi Mini Capsule.

Selain itu, realme C51 juga dijangka akan dikuasakan cip UNISOC Tiger T612, 4GB RAM + Dynamic RAM Expansion dan 128GB storan dalaman.

Dalam pada itu, realme C51 juga memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 33W, kamera utama 50MP + sensor depth, kamera selfie 5MP dan sensor capjari pada sisi.

realme C51 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Mint Green dan Carbon Black pada harga RM 549 namun promosi Pay Day Limited Offer dari 27 September hingga 8 Oktober 2023 membolehkan anda memiliki realme C51 pada harga RM529 sahaja.

Dapatkan realme C51 di stor rasmi Lazada, ShopeeTikTok , realme Brand Stores dan wakil pengedar rasmi

Cabutan Bertuah Menarik Menanti di Kedai Jenama 3.0 Dinaik Taraf di Paradigm Mall

realme Malaysia juga bersedia untuk mengalu-alukan Realme Brand Store 3.0-nya yang dinaik taraf di Paradigm Mall, Petaling Jaya pada 30 September 2023. Sempena pembukaan, realme akan mengadakan promosi sehari dengan cenderahati eksklusif dan tawaran jualan kilat. Pelanggan juga berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah yang menarik bernilai sehingga RM6,000.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.