realme C51 akan dilancarkan di Malaysia pada 27September – harga kurang dari RM 500
realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme C51 akan dilancarkan di Malaysia pada 27 September ini dengan harga kurang dari RM 500.
realme C51 merupakan model realme C Series yang lebih berpatutan dan ianya akan tampil dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.74-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan animasi Mini Capsule.
Selain itu, realme C51 juga dijangka akan dikuasakan cip UNISOC Tiger T612, 4GB RAM + Dynamic RAM Expansion dan 128GB storan dalaman.
Dalam pada itu, realme C51 juga memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 33W, kamera utama 50MP + sensor depth, kamera selfie 5MP dan sensor capjari pada sisi.