Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung mula mengacah pelancaran Galaxy S23 FE

Samsung Galaxy S23 Fan Edition sudah hampir pasti akan dilancarkan tidak lama lagi namun terdapat laporan baharu yang mengesahkan bahawa ianya bukan satu-satunya peranti didalam siri Fan Edition ini.

Samsung dilihat akan turut memperkenalkan tablet Galaxy Tab S9 FE dan fon telinga Galaxy Buds FE pada pelancaran rasmi yang diramalkan akan berlangsung pada 4 Oktober 2023.

Selain itu, Samsung juga telah mengesahkan bahawa telefon pintar Galaxy S23 FE akan memasuki pasaran India dan telah mengacah pelancaranya melalui akaun rasmi X.

Selain pasaran India, Samsung Galaxy S23 FE juga dijangka akan memasuki pasaran Malaysia selepas pelancaran rasmi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.