Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 13 Pro+ kini rasmi dengan cip Dimensity 7200-Ultra dan sensor 200MP

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Redmi Note 13 Series dan ianya terdiri daripada tiga model iaitu Redmi Note 13, Note 13 Pro dan Note 13 Pro+ yang akan kita perkatakan lebih lanjut pada artikel ini.

Xiaomi Redmi Note 13 Pro+ merupakan satu-satunya model yang tampil dengan paparan curved bersama modul kamera yang diperbuat daripada kulit vegan pada warna Purple dan frosted AG glass pada warna black dan white. Ianya juga merupakan telefon pintar pertama Redmi dengan penarafan IP68.

Seterusnya, Redmi Note 13 Pro+ hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi 1220 x 2712 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Ianya adalah panel 12 bit yang turut menawarkan 1,920Hz PWM dimming, kecerahan maksima 1,800nits, dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass Victus dan kamera selfie 16MP serta sensor capjari terbina dalam skrin.

Selain itu, Note 13 Pro+ dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 7200-Ultra bersama kapasiti RAM sehingga 16GB jenis LDDR5 dan storan sehingga 512GB jenis UFS 3.1. Ianya juga memiliki sistem penyejukan grafit 4000mm² dan sink haba VC.

Beralih kepada kamera belakang, terdapat satu sensor utama 200MP ISOCELL HP3, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki telefon pintar ini adalah MIUI 14 yang berasaskan Android 13, bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W, pembesar suara stereo dan IR blaster.

Redmi Note 13 Pro+ akan ditawarkan di China mulai 24 September ini pada harga CNY 1,999 (RM 1,283) bagi versi 12/256GB, CNY 2,199 (RM 1,411) bagi versi 12/512GB dan CNY 2,299 (RM 1,475) bagi versi 16/512GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.