Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Tactical Edition dan Galaxy XCover6 Pro Tactical Edition kini rasmi

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan dua model Tactial Edition iaitu Samsung Galaxy S23 Tactical Edition dan Galaxy XCover6 Pro Tactical Edition.

Tactical Edition adalah peranti yang disasarkan kepada golongan tentera dan pekerjaan lasak. Ianya mempunyai spesifikasi yang sama seperti versi biasa namun mempunyai ciri tambahan yang menjadikanya lebih sesuai untuk persekitaran ekstrim dan lasak.

Galaxy XCover 6 Pro Tactical Edition ini mempunyai penarafan MIL-STD-810H manakala Galaxy S23 mempunyai penarafan IP68 dengan casing lasak yang boleh dipakai pada lengan atau dada.

Selain itu, kedua telefon pintar ini juga mempunyai mod night vision, sokongan peranti GPS tambahan, pemacu yang dibina khas untuk menyokong radio taktikal dan protokol peranti misi, dan selular konvensional seperti LTE, CBRS, Bluetooth dan Wi-Fi.

Telefon pintar ini juga menampilkan Mod Stealth yang melumpuhkan LTE dan e-911, yang menyahaktifka  semua penyiaran RF – termasuk GPS – daripada tahap perkakasan, membolehkan pengendali mempunyai komunikasi yang selamat dan luar grid sepenuhnya.

Dari segi keselamatan, Samsung Galaxy S23 Tactical Edition dan Galaxy XCover6 Pro Tactical Edition memiliki Samsung Knox dan Knox Dual Data at Rest (DualDAR).

Ianya beroperasi pada antaramuka One UI 5.1 yang berasaskan Android 13 yang turut termasuk Android Team Awareness Kit (ATAK) dan Battlefield Assisted Trauma Distributed Observation Kit (BATDOK) yang memberikan pelbagai kemampuan ketenteraan.

Akhir sekali, Samsung Galaxy S23 Tactical Edition memiliki  8GB RAM dan storan 256GB, manakala Samsung Galaxy XCover6 Pro Tactical Edition memiliki 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Harga bagi kedua-dua telefon pintar ini tidak diumumkan kerana ianya hanya dijual kepada agensi tentera.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.