Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip5 – Peribadikan peranti anda dengan aksesori rasmi Samsung

samsung galaxy z flip5

Samsung Galaxy Z Flip5 telah ditawarkan di Malaysia sejak awal bulan lalu dengan rekaan yang lebih sempurna dan cover screen terbesar pernah ditawarkan pada Galaxy Z Flip.

Sambil mengekalkan dengan bentuk ikoniknya,  Flex Windows baharu pada Galaxy Z Flip5 menyediakan peluang yang cukup untuk anda memaparkan gaya peribadi anda.

Selain itu, Flex Hinge baharu pada Galaxy Z Flip5 kini menampilkan reka bentuk yang lebih seimbang dari segi estetika apabila dilipat. Kedalaman dan berat keseluruhan telah dikurangkan, meningkatkan kebolehgunaan dan keselesaan.

Penambahbaikan ini membolehkan peranti yang dilipat ini menjadi lebih stabil dan terlipat sepenuhnya tanpa sebarang ruang diantara skrin.

Selain sebagai telefon pintar daily driver yang sangat unik, Galaxy Z Flip5 juga boleh digayakan mengikut mood dan gaya fesyen anda dengan menggunakan pelbagai aksesori rasmi Samsung.

Dengan lebih skrin yang lebih besar, Galaxy Z Flip5 menyediakan ruang yang luas pada Flex Window untuk memperkasakan anda untuk menterjemahkan kreativiti anda. Anda juga boleh memadankan gaya Flex Window dengan rekaan watch face Galaxy Watch6 anda, menyeragamkan penampilan pada semua peranti Galaxy anda.

Selain itu, anda juga boleh menyesuaikan Flex Window dengan memilih daripada pelbagai reka bentuk jam atau menambah widget untuk mengakses maklumat yang anda perlukan dengan cepat dan mudah.

selain melindungi peranti anda, Flipsuit Case serba baharu menyokong kad NFC yang boleh ditukar yang membolehkan anda memadankan reka bentuk Flex Window dan casing anda penampilan yang lebih unik.

Anda kini boleh menukar penampilan Galaxy Z Flip5 anda secara menyeluruh pada bahagian hadapan, belakang, dalam dan luar peranti.

Selain Flipsuit Case, Samsung juga menawarkan Clear Gadget Case yang ditawarkan didalam kemasan lutsinar dan Silicone Case with Ring yang ditawarkan didalam 5 warna iaitu apricot, mint, lavender, cream dan indigo.

Tonton video dibawah untuk lihat koleksi penuh aksesori Samsung bagi Galaxy Z Flip5 :

Samsung Galaxy Z Flip5 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,499.

Dapatkanya di Samsung Online Store atau Samsung Experience Store berdekatan anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.