Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

29 buah kereta porsche menyinari bulatan terbesar didunia sempena pelancaran vivo V29 5G pada 20 September ini.

vivo Malaysia telah bekerjasama dengan Aktiv Tuninghaus dalam menganjurkan acara yang menakjubkan di Bulatan Putrajaya yang terkenal, yang kebetulan merupakan bulatan terbesar di dunia.

Inisiatif ikonik ini bertujuan untuk mencahayakan bulatan besar dan sejajar dengan pelancaran telefon pintar vivo V29 5G yang akan datang didalam masa  dua hari sahaja lagi.

Sempena sambutan Hari Malaysia, vivo Malaysia telah mencipta video khas menghormati mercu tanda negara. Pada jam 9:29 malam, sekumpulan 29 kereta Porsche mengelilingi Bulatan Putrajaya dengan elegan selama 29 pusingan, mencerminkan reka bentuk dan ciri vivo V29 5G, terutamanya mempamerkan Aura Light terbesar dalam siri V – Aura Light 2.0.

Teknologi Aura Light 2.0 dalam vivo V29 5G meningkatkan potret malam dengan menyesuaikan suhu warna secara automatik untuk mencapai rupa semula jadi dan seimbang dalam pelbagai situasi pencahayaan.

Susulan kejayaan siri vivo V27 yang dilancarkan pada April 2023, vivo Malaysia akan memperkenalkan tambahan terbaharu kepada siri V iaitu vivo V29 5G pada 20 September ini.

Tontoni video ekslusif ini di bawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.