Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kapasiti Bateri semua model iPhone 15 adalah lebih besar dari iPhone 14 Series

Apple secara tradisinya tidak akan mendedahkan maklumat kapasiti bateri model baharu iPhone yang dilancarkan dan tahun ini juga tidak terkecuali.

Untuk mengetahui maklumat bateri ini, kita sering kali bergantung kepada pengesahan atau pensijilan dari agensi kerajaan dan kini kita mempunyai pengesahan  agensi berkaitan dari negara China.

Menariknya kesemua model iPhone 15 ini tampil dengan bateri yang lebih besar secara keseluruhanya seperti dibawah :

  • iPhone 15 3,349mAh (iPhone 14 3,279mAh)
  • iPhone 15 Plus 4,383mAh (iPhone 14 Plus 4,325mAh)
  • iPhone 15 Pro 3,274mAh (iPhone 14 Pro 3,200mAh)
  • iPhone 15 Pro Max 4,422mAh (iPhone 14 Pro Max 4,323mAh)

Menariknya, peningkatan kapasiti bateri ini adalah minima dan sebarang penambahan pada jangka hayat bateri mungkin disebabkan oleh penggunaan cipset yang lebih baik (pada model Pro) dan skrin.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.