Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI FreeBuds SE 2 – Fon telinga TWS mampu milik dengan bateri sehingga 40 jam

Pengenalan

HUAWEI Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan earbuds mampu milik terbaru daripada syarikat ini iaitu HUAWEI FreeBuds SE 2 yang dilancarkan dengan harga jualan yang amat kompetitif dan sudah pastinya mampu memenuhi keperluan muzik golongan muda.

HUAWEI FreeBuds SE 2 ini menampilkan rekaan yang berbeza dari FreeBuds SE terutamanya bekas pengecasan yang kini tampil dengan rekaan empatsegi.

HUAWEI FreeBuds SE 2 mengekalkan ciri premium yang, termasuk binaan ringan, ciri interaktif pintar dan sambungan yang stabil. Walau bagaimanapun, ia turut memperkenalkan wajah baharu yang menyegarkan dengan warna baharu, memenuhi keperluan pengguna muda.

Reka Bentuk

Kedua-dua fon telinga dan bekas pengecas HUAWEI FreeBuds SE 2 ini mempunyai reka bentuk untuk ringan dan padat. Setiap sat fon telinga ini mempunyai berat sekitar 3.8 g yang mana anda pasti tidak rasa ianya ada pada telinga anda walaupun dipakai untuk tempoh yang lama.

Melalui kejuruteraan ergonomik yang menyeluruh dan ujian yang meluas pada lebih 300,000+ saluran telinga yang berbeza, fon telinga direka dengan teliti untuk memberikan kesesuaian yang sempurna, dengan reka bentuk open-fit yang mengurangkan tekanan pada saluran telinga untuk memastikan keselesaan sepanjang hari tanpa sebarang masalah.

Selain itu, siluet bulat fon telinga memastikan cengkaman yang lebih selamat apabila dipegang. Keseluruhan peranti ini sangat mudah alih, kerana sarung pengecas hanya seberat 33 g dan ianya mudah untuk disimpan didalam poket seluar anda.

Melengkapkan lagi rekaan earphone ini adalah dengan pensijilan kalis air IP54 bagi earbuds yang bermaksud ianya boleh dipakai ketika bersenam namun bukan untuk sukan air dan pensijilan tidak meliputi  bekas pengecasan.

Secara keseluruhan, HUAWEI FreeBuds SE 2 menawarkan peningkatan ketara dalam keselesaan, kebolehpakaian, mudah alih dan gaya berbanding pendahulunya, HUAWEI FreeBuds SE yang menampilkan fon telinga seberat sekitar 5.1 g manakala bekas pengecasnya mempunyai berat sekitar 35.6 g.

Fon telinga HUAWEI FreeBuds SE 2 ini tersedia dalam dua warna kontemporari iaitu Ceramic White dan Isle Blue yang menawan dan pasti menjadi pelengkap gaya anda.

Bersama bekas pengecasan, anda akan menerima kabel pengecasan USB-C bersama manual pengguna dan kad waranti.

Untuk memaksimakan potensi HUAWEI FreeBuds SE 2 ini, ianya harus digunakan bersama aplikasi HUAWEI AI Life yang hanya tersedia pada Google Play Store atau Apple App Store.

Kualiti Audio

Bagi pengguna peranti HUAWEI, proses pairing HUAWEI FreeBuds SE 2 adalah sangat mudah dimana earbuds ini akan dikesan secara automatik pada peranti HUAWEI melalui kaedah pop-up pairing anda manakala bagi peranti Android atau Apple, anda boleh melakukan proses pairing melalui sambungan Bluetooth dengan membuka bekas pengecasan dan memegang touch area pada earbuds (untuk tempoh 3 saat) ketika kali pertama kali menggunakanya.

Selain itu, aplikasi HUAWEI AI Life juga menawarkan anda maklumat peratusan bateri earbus dan bekas pengecasan, kesan EQ, kemasan perisian, ciri Find My Earphones dan gesture boleh ditetapkan sendiri oleh anda.

Kualiti muzik yang ditawarkan pada HUAWEI FreeBuds SE 2 ini adalah memuaskan namun ketiadaan ANC sudah pastinya dirasai oleh pengguna lebih-lebih lagi kerana ianya memiliki rekaan fon telinga open-fit yang tidak menutup sepenuhnya ruang telinga seperti earbuds semi in-ear.

Walaubagaimanapun, tahap kelantangan yang ditawarkan melalui earbuds ini juga mencukupi dan tetapan EQ membantu anda mendengar muzik mengikut kesedapan pendengaran anda.

Jangka Hayat Bateri sehingga 40 jam

HUAWEI FreeBuds SE 2 menawarkan sehingga lebih 40 jam waktu penggunaan untuk anda  nikmati hiburan audio dan video tanpa gangguan, .

Selain itu, satu cas penuh fon telinga juga menawarkan anda sehingga 9 jam main balik muzik berterusan. Dengan hayat bateri yang sangat baik, pengguna boleh kekal tenggelam dalam muzik dan tugas mereka sepanjang hari, tanpa perlu mengecas semula fon telinga.

Tambahan pula, fon telinga padat menampilkan keupayaan pengecasan pantas. Dengan hanya cas selama 10 minit , pengguna boleh mengalami 3 jam main semula muzik.

HUAWEI FreeBuds SE 2 memanfaatkan kuasa cip berkuasa rendah, berprestasi tinggi, bateri ketumpatan tenaga tinggi, reka bentuk struktur diperkemas dan algoritma pengecasan kecekapan tinggi untuk menyediakan ciri bateri yang dipertingkatkan.

Penutup

HUAWEI FreeBuds SE 2 adalah sebuah fon telinga yang menawarkan pengguna satu lagi earbuds dengan ciri yang serba lengkap pada harga lebih kompetitif.

Paling mencuri tumpuan sudah pastinya adalah jangka hayat bateri yang boleh mencapai sehingga 40 jam waktu penggunaan apabila digunakan bersama bekas pengecasan.

Pada harga RM 199, HUAWEI FreeBuds SE 2 adalah satu lagi alternatif terbaik kepada golongan muda untuk memiliki sebuah TWS entry-level yang berbaloi.

Dapatkan HUAWEI FreeBuds SE 2 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.