Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch GT 4 Series dilancarkan secara rasmi – reka bentuk bergaya dengan bateri tahan 14 hari

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan jam tangan pintar terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI Watch GT 4 Series di “Wearable Strategy and New Product Launch” yang telah berlangsung di Barcelona sebentar tadi.

HUAWEI WATCH GT 4 merupakan generasi terbaharu siri flagship WATCH GT yang memperkenalkan ciri reka bentuk yang dipertingkatkan dengan fungsi kesihatan dan kecergasan yang berkuasa. Ianya ditawarkan didalam dua saiz kerangka iaitu 46mm dan 41mm, perdana baharu ini mengambil langkah ke hadapan Fesyen yang berani daripada reka bentuk Siri GT klasik, memperkenalkan elemen reka bentuk inventif sambil mengekalkan estetika geometri moden pendahulunya.

HUAWEI Watch GT 4 ditawarkan didalam skrin paparan AMOLED berukuran 1.43-inci (326ppi) pada model 46mm dan skrin paparan berukuran 1.32-inci (352ppi) dengan resolusi 466 x 466 piksel.

Seterusnya, HUAWEI WATCH GT 4 memilik lebih daripada 25,000 muka jam yang tersedia dalam galeri dan membolehkan pengguna menyesuaikan mengikut gaya hidup dan kesukaan mereka untuk mengalami genre reka bentuk yang berbeza. Selain itu, Always On Display (AOD) juga menyediakan akses mudah kepada pelbagai maklumat, yang amat berguna untuk individu sibuk yang sentiasa sibuk dengan tugasan atau mesyuarat seterusnya.

Dari segi kesihatan, Teknologi TruSeen 5.5+ juga membawakan teknologi TrueSleep 3.0 yang menganalisa kualiti tidur anda dengan lebih menyeluruh. Ciri Sleep Breathing Awareness juga mengawasi kadar denyutan jantung dan SpO2 anda semasa anda tidur dan akan memaklumkan anda tentang sebarang masalah pernafasan.

Selain itu, HUAWEI Watch GT 4 juga memiliki ciri Menstrual Cycle Management 3.0 yang 15% lebih tepat berbanding jam tangan pintar lain dipasaran, ciri Stay Fit , menyokong lebih 100+ aktiviti kecergasan dan boleh digunakan bersama peranti Android atau iOS.

Selain itu, HUAWEI Watch GT 4 Series juga tampil dengan jangka hayat bateri sehingga 2 minggu bagi versi 46mm manakala versi 41mm memiliki jangka hayat bateri sehingga 7 hari iaitu 20% lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

HUAWEI Watch GT 4 Malaysia

HUAWEI Watch GT 4 akan ditawarkan di Malaysia dan pra-tempahan jam tangan pintar ini kini dibuka dengan deposit RM 50 sahaja.

Pra-tempah HUAWEI Watch GT di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.