Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pemenang pingat di Sukan Asia dan Sukan Para Asia 2022 akan menerima jam HUAWEI Watch yang akan dilancarkan pada 14 September ini

HUAWEI Malaysia telah mengumumkan kerjasama dengan kontinjen sukan Asia 2022 dan suka Para Asia 2022 yang berlangsung di Hangzhou tidak lama lagi.

Melalui kerjasama ini setiap pemenang pingat di sukan Asia dan sukan Para Asia ini akan menerima seutas jam tangan pintar Huawei yang akan dilancarkan tidak lama lagi sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlang mereka di pertandingan sukan terbesar di Asia.

Jam tangan pintar ini telah disampaikan kepada Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh semasa Majlis penyerahan bendera Kontinjen Malaysia baru-baru ini. Majlis itu turut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail.

Selain itu, jam HUAWEI Watch yang akan diberikan kepada setiap pemenang pingat itu dijadualkan akan dilancarkan dipasaran global pada 14 September ini di Barcelona, Sepanyol.

Jam Tangan Pintar Huawei ini menampilkan aplikasi canggih dalam pengurusan kesihatan, kecergasan dan sukan untuk pengguna dan merupakan kemuncak perjalanan 10 tahun yang bermula pada 2014 untuk penyedia infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkemuka dan peranti pintar.

Malaysia akan diwakili oleh 289 atlet dan 145 pegawai yang akan bertanding dalam 22 sukan melibatkan 141 acara di Sukan Asia dari 23 September hingga 8 Oktober. Presiden Persekutuan Wushu Malaysia Dato’ Chong Kim Fatt mengetuai kontinjen sebagai Chef de Mission (CDM) ).

Sementara itu, Naib Presiden Taekwondo Malaysia sekarang K.M. Rajendran ialah CDM yang mengetuai kontinjen negara dalam Sukan Para Asia dari 22 hingga 28 Oktober. Terdapat 115 atlet para Malaysia disokong 43 pegawai yang akan bertanding dalam 14 sukan membabitkan 105 acara.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.