Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition dilancarkan secara rasmi – skrin matte seperti kertas

 

Majlis pelancaran HUAWEI malam tadi juga telah menyaksikan HUAWEI memperkenalkan tablet HUAWEI MatePad 11.5 dengan skrin  PaperMatte yang hadir dengan lapisan nano seperti kertas yang kurang silau , kurang ketegangan mata dan pengalaman menulis yang lebih semula jadi dengan stylus M-Pencil generasi kedua.

Selain daripada perbezaan skrin, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte ini tampil dengan spesifikasi yang sama seperti versi biasa iaitu skrin paparan TFT LCD berukuran 11.5-inci dengan resolusi 2.2K dan sokongan kadar segar semula 120Hz, cip 4nm Snapdragon 7 Gen 1 4G , 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan sistem operasi HarmonyOS 3.1.

Selain itu, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition ini juga menawarkan sokongan HUAWEI M-Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard. Tablet ini juga menawarkan ciri seperti SuperHub, SuperDevice dengan HarmonyOS dan Histen 8.0 quad-speaker.

Seterusnya, MatePad 11.5 edisi khas ini juga memiliki kamera 13MP dibahagian belakang manakala kamera hadapan adalah 8MP. Tablet ini juga memiliki bateri 7,700mAh bersama sokongan pengecasan pantas 22.5W.

Akhir sekali, MatePad 11.5 PaperMatte akan ditawarkan didalam warna  Space Gray dengan harga jualan di Eropah sekitar €500 (RM 2,492). 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.