Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 15 dan iPhone 15 Plus dilancarkan dengan USB-C, Dynamic Island dan sensor utama 48MP – dari RM 4,399

Majlis pelancaran Apple awal pagi tadi telah menyaksikan syarikat ini memperkenalkan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus yang tampil dengan cip Apple A16 Bionic seperti pada generasi iPhone 14 Pro Series sebelum ini.

Paling mencuri perhatian pada iPhone 15 dan iPhone 15 Plus ini adalah peralihan kepada port USB-C dan Dynamic Island namun ianya akan masih kekal dengan kerangka aluminium dan bukanya titanium seperti pada model iPhone 15 Pro Series.

Apple iPhone 15 dan iPhone 15 Plus tampil dengan skrin paparan Retina XDR berukuran 6.1-inci dan 6.7-inci yang menawarkan kecerahan sehingga 1200 nits dan HDR serta Dynamic Island. Panel ini masih merupakan panel 60Hz sahaja.

Cip Apple A16 Bionic ini yang merupakan cip yang digunakan pada iPhone 14 Pro Series tahun lalu dan ianya dikatakan memiliki 6GB RAM (Apple tidak mendedahkan secara rasmi kapasiti RAM yang digunakan).

Beralih kepada kamera, Apple iPhone 15 dan iPhone 15 Plus tampil sensor utama 48MP yang menjanjikan prestasi low-light lebih baik.

Selain itu, Apple juga menyertakan pemfokusan auto pada kamera selfie 12MP yang lebih baik dan terdapat pengstabilan Action Mode yang menyingkirkan keperluan gimbal untuk rakaman yang lebih stabil dan dengan Dolby Vision HDR pada kadar maksima 4K 60fps.

Selain  itu, sistem komunikasi satelite dan pengesanan kemalangan yang akan menghantar isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa dan ianya mampu mengesan impak sehingga 256G masih ditawarkan.

Apple iPhone 15 dan iPhone 15 Plus akan ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,399 didalam 5 warna iaitu blue, pink, yellow, green dan black dimana pra-tempahan akan dibuka dari 22 September manakala jualan rasmi bermula 29 September.

Berikut adalah harga iPhone 15 dan iPhone 15 Plus di Malaysia :

  • Apple iPhone 15 128GB – RM 4,399
  • Apple iPhone 15 256GB – RM 4,899
  • Apple iPhone 15 512GB – RM 5,899
  • Apple iPhone 15 Plus128GB – RM 4,899
  • Apple iPhone 15 Plus 256GB – RM 5,399
  • Apple iPhone 15 Plus 512GB – RM 6,399
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.