Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

MBSA kini mempunyai 10 pengecas kenderaan elektrik (EV) percuma di Shah Alam

Industri kenderaan elektrik (EV) sering mendapat perhatian selepas pengumuman bahawa Tesla akan menawarkan kereta elektrik mereka di Malaysia.

Kekangan terbesar untuk melihat peningkatan dalam penggunaan kenderaan elektrik adalah  pengecas kenderaan elektrik yang sangat terhad buat masa ini.

Terbaru, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengumumkan bahawa ia kini telah menyediakan 10 pengecas kenderaan elektrik (EV) secara percuma di beberapa lokasi yang termasuk di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Wisma MBSA dan di pejabat cawangan MBSA.

Kesemua 10 pengecas kenderaan elektrik ini adalah dengan kerjasama Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) dan pihak MBSA juga sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian mengikut keperluan serta permintaan dan antara lokasi sasaran untuk penambahan pemasangan pengecas itu adalah di pusat bandar serta pusat beli-belah di Shah Alam.

Seterusnya, kerajaan negeri merancang menyediakan kira-kira 1,000 pengecas EV di kawasan 12 PBT di Selangor  menjelang akhir tahun terutamanya di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang, Kajang dan Ampang Jaya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar negeri Hee Loy Sian berkata setakat ini terdapat 102 pengecas EV di negeri Selangor.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.