Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 Ultra dilaporkan akan menggunakan panel skrin ‘flat’

Maklumat awal mengenai Samsung Galaxy S24 Ultra boleh dikatakan sesuatu yang dijangka dimana ianya akan tampil dengan penambahbaikan kamera, rekaan yang berbeza, pengecasan yang lebih pantas dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru Ice Universe mengenai Galaxy S24 Ultra mungkin sesuatu yang tidak dijangka kerana tipster ini mendakwa Samsung akan beralih kepada pengguna skrin paparan ‘flat’ dan bukanya skrin paparan lengkung.

Selain itu, Samsung juga merupakan syarikat pertama untuk menggunakan skrin paparan melengkung pada tahun 2014 melalui pada Galaxy Note Edge sebelum beralih sepenuhnya ke panel skrin melengkung pada Galaxy S8 dan Galaxy S9 Series. Samsung kini menggunakan panel flat pada 2 model flagship dan hanya menggunakan panel melengkung pada model paling premium.

Dalam pada itu, Ice Universe juga berkata bahawa Galaxy S24 Ultra akan mempunyai kelebaran 79mm yang mana ianya lebih lebar berbanding pada S23 Ultra pada 78.1mm dan ini mungkin disebabkan penggunaan panel flat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.