Spesifikasi Samsung Exynos 2400 mula didedahkan – memiliki 10 teras dan GPU Xclipse 940
Laman AnTuTu di China meramalkan bahawa Samsung akan menawarkan cipset Exynos pada telefon pintar Galaxy S24 Series yang akan dilancarkan awal tahun hadapan.
Cip Exynos 2400 yang berasaskan proses 4nm Samsung dijangka akan ditawarkan pada Galaxy S24 Series yang dijual di pasaran Eropah, Afrika dan beberapa negara Asia.
Menariknya, cip Exynos 2400 ini dilaporkan akan memiliki 10 teras dengan konfigurasi 1+2+3+4 yang berasaskan arkitektur ARMv9 manakala GPU yang akan digunakan adalah Xclipse 940 dimana ianya mampu menawarkan sehingga 2 kali ganda kuasa grafik berbanding Xclipse 920.
Seterusnya, cip Exynos 2400 ini juga akan menyokong RAM LPDDR5X RAM dan storan jenis UFS 4.0.
ISP yang digunakan juga akan menyokong kamera sensor sehingga 320MP, rakaman video 8K 60fps dan modem Exynos 5300.
Persoalan yang timbul adalah samada cipset ini mampu bersaing dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang turut akan digunakan pada Galaxy S24 Series.