Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic5 Pro edisi terhad Merdeka akan ditawarkan di Malaysia mulai 25 Ogos ini

HONOR Magic5 Pro telah dilancarkan pada bulan April yang lalu dan syarikat ini telah mengumumkan bahawa Honor Magic5 Pro didalam edisi terhad Merdeka iaitu warna Coral Purple  akan ditawarkan di Malaysia mulai 25 Ogos ini.

Promosi HONOR Merdeka – Hadiah bernilai RM10 juta menanti anda!

Sambutan itu dicetuskan dengan Promosi HONOR sempena Hari Merdeka, di mana hadiah percuma bernilai sehingga RM 10 juta sedang menanti anda. Promosi ini akan berlangsung dari 25 Ogos hingga 17 September 2023,  ini merupakan peluang keemasan bagi peminat teknologi untuk menikmati peranti canggih pada harga yang berpatutan. 

Cabutan Bertuah #HONORMerdeka2023

Sertai promosi perayaan dan berpeluang menang besar dengan menyertai cabutan bertuah. Dengan setiap pembelian mana-mana telefon pintar atau tablet HONOR (tidak termasuk peranti audio dan wearable), bagi ‘Like’ di halaman Facebook HONOR Malaysia, dan seterusnya kongsikan foto peranti baru anda di media social serta menggunakan hashtag #HONORMerdeka2023.

Hadiah menarik termasuk HONOR Magic5, mesin kopi NESCAFÉ dan set fon telinga Bluetooth menanti, 155 pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik ini. Layari laman Facebook HONOR Malaysia untuk pengumuman 39 pemenang setiap enam hari! Jangan lepaskan peluang ini! 

Tertakluk kepada terma dan syarat, sila layari https://www.hihonor.com/my/shop/terms-conditions/ untuk maklumat lanjut.

Jangan melepaskan peluang terbaik untuk membeli HONOR Magic5 Pro!

HONOR Magic5 Pro edisi terhad Hari Merdeka ini akan tersedia di kedai HONOR di seluruh negara pada 25 Ogos, jangan lepaskan peluang terbaik untuk mendapatkannya dengan promosi Hari Merdeka. Sila layari laman Facebook HONOR Malaysia atau pergi ke https://www.hihonor.com/my/ untuk maklumat lanjut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.