Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT5 akan dilancarkan pada 28 Ogos ini – cip Snapdragon 8 Gen 2 dan 24GB RAM

realme secara rasminya telah mengumumkan bahawa realme GT5 akan dilancarkan pada 28 Ogos ini di China. Telefon pintar flagship ini akan dilancarkan bersempena ulang tahun ke-5 realme.

Selain itu, realme juga dijangka akan memperkenalkan realme Buds Air 5 yang merupakan sebuah peranti audio yang lebih berpatutan berbanding Buds Air 5 Pro.

Dalam pada itu, realme GT5 telah disahkan akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, sehingga 24GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman UFS 4.0 sehingga 1TB.

Sambutan ulang tahun ke-5 realme ternyata meriah dan syarikat ini juga akan memperkenalkan realme 11 5G di Malaysia pada 30 Ogos ini.

realme 11 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 30 Ogos ini

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.