OnePlus Ace 2 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan RAM sehingga 24GB
OnePlus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar OnePlus Ace 2 Pro yang membawakan beberapa spesifikasi dalaman yang pasti menarik perhatian dunia.
Ace 2 Pro merupakan telefon pintar pertama didunia dengan sistem penyejukan 10,000 sq.mm vapor chamber yang dibangunkan oleh OnePlus dan ianya turut memiliki RAM sehingga 24GB dan pengecasan 150W.
OnePlus Ace 2 Pro tampil dengan paparan 10-bit AMOLED berukuran 6.74-inci dengan resolusi FHD+, sokongan kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima 1,600nits, 100% DCI-P3,100% gamut warna sRGB dan Always-On Display.
Selain itu, Ace 2 Pro dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama RAM LPDDR5X sehingga 24GB dan storan UFS 4.0 sehingga 1TB serta Color OS 3.1 yang berasaskan Android 13.
Seterusnya , telefon pintar ini juga dilengkapi sensor utama 50MP yang memiliki PDAF dan OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP f/2.4.
Dari segi pengecasan pula, OnePlus Ace 2 Pro juga akan memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas SuperVOOC 150W yang mampu memberikan 100% pengecasan didalam masa 17 minit sahaja.
Akhir sekali, OnePlus Ace 2 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Aurora Green dan Titanium Gray pada harga CNY 2,999 (RM 1,904) sehingga CNY 3,999 (RM 2,539).
Menariknya, OnePlus Ace 2 Pro mungkin memasuki pasaran global sebagai OnePlus 11T Pro tidak lama lagi.