Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Carl Pei umumkan penubuhan syarikaf CMF by Nothing – akan lancar jam pintar dan earbus pada harga lebih murah

CMF by Nothing

Pengasas bersama Nothing, Carl Pei telah mengumumkan pelancaran jenama baharu dibawah Nothing iaitu CMF by Nothing.

CMF akan mengeluarkan produk pada harga yang lebih berpatutan namun masih mengekalkan rekaan premium dan kualiti yang jarang ditawarkan pada segmen harga mampu milik.

Selain itu, Carl Pei juga telah mengesahkan bahawa CMF by Nothing akan melancarkan dua produk pertama mereka lewat tahun ini iaitu jam pintar dan earbuds yang mempunyai kualiti hampir setaraf peranti Nothing namun pada harga yang lebih mudah di akses oleh semua.

Dalam pada itu, Nothing pula akan kekal komited didalam inovasi produk dengan penawaran premium bersama teknologi terkini.

Seterusnya, Carl Pei juga mengesahkan bahawa CMF by Nothing akan diuruskan oleh pasukan yang berbeza didalam syarikat untuk memastikan tiada sebarang kekeliruan dengan produk utama.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.