Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 60 akan mengekalkan pengunaan sensor 50MP dan sokongan 5G

Huawei Mate 60 Series kini didalam proses pembangunan dan tipster Digital Chat Station telah mengesahkan bahawa ianya akan mengekalkan rekaan modul kamera bulat dan akaun Weibo tipster ini juga mendedahkan casing peranti ini.

Selain itu, laporan ini turut mengesahkan bahawa ianya akan memiliki sensor utama 50MP namun sensor yang digunakan mungkin berbeza.

Dalam pada itu, Huawei Mate 60 juga akan mengekalkan penggunaan skrin paparan 1220p namun mungkin beralih kepada panel LTPO OLED yang lebih terkini dan menawarkan kadar segar semula dinamik yang lebih menjimatkan bateri.

Seterusnya, Mate 60 Series juga dikatakan akan membawakan sokongan 5G melalui platform yang dibangunkan bersama SMIC – Semiconductor Manufacturing International Corporation yang berpangkalan di China dan modem ini dikatakan diperbuat daripada proses 7nm.

Menariknya , cip 7nm bukanlah sesuatu yang setaraf flagship namun kemampuan untuk menawarkan sokongan 5G selepas beberapa tahun sudah pastinya satu permulaan yang baik kepada HUAWEI.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.