Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix GT 10 Pro kini rasmi dengan cip Dimensity 8050 dan rekaan panel belakang mini-LED

Infinix GT 10 Pro Malaysia

Infinix GT 10 Pro Malaysia

Infinix secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru syarikat ini iaitu Infinix GT 10 Pro yang mempunyai rekaan dan prestasi seperti sebuah telefon pintar gaming sebenar.

Seterusnya, Infinix GT 10 Pro akan dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8050 yang merupakan cip 6nm daripada TSMC dan ianya juga memiliki GPU Mali-G77, 8GB RAM LPDDR4X (+8GB Virtual RAM) dan storan 256GB jenis UFS 3.1.

Infinix GT 10 Pro tampil dengan skrin paparan AMOLED 10-bit berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz namun menyokong kandungan pada kadar 60Hz, 90Hz dan 120Hz. Ianya juga menyokong kadar pensampelan sentuhan pada kadar 360Hz.

Infinix GT 10 Pro kini rasmi dengan cip Dimensity 8050 dan rekaan panel belakang mini-LED 1

Panel ini juga mempunyai sisi bezel yang nipis, kecerahan maksima 900nits, 1,920Hz PWM dimming dan sensor capjari terbina dalam skrin.

Beralih kepada bateri, GT 10 Pro memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W dan teknologi bypass charging.

Meningkatkan lagi pengalaman gaming pada telefon pintar ini adalah penggunaan pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm dan enjin vibrasi 4D

Dari segi kamera pula, GT 10 Pro memiliki sensor utama 108Mp dengan aperture f/1.75 dan ianya adalah sensor 1/1.67” bersama 2 sensor 2MP dan tidak lupa kamera selfie 32MP. Ianya juga disertakan dengan antaramuka Pure XOS 13 yang berasaskan Android 13 dan “Pure” ini membawa maksud lebih sedikit aplikasi pra-muatnaik dan tiada sebarang iklan.

Akhir sekali, Infinix GT 10 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Cyber Black dan Mirage Silver dan terdapat lampu mini-LED pada panel belakang dan terdapat rekaan bertemakan Cyberpunk.

Infinix GT 10 Pro akan ditawarkan tidak lama lagi pada harga antara $240 (RM 1,094) sehingga $250 (RM 1,140) bergantung kepada pasaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.