Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kamera Aksi DJI Osmo Action 4 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,899

DJI Osmo Action 4

DJI secara rasminya mengumumkan pelancaran kamera aksi terbaru mereka iaitu DJI Osmo Action 4.

DJI Osmo Action 4 menetapkan standard baharu untuk merakam dan berkongsi detik-detik yang paling mengujakan. Dengan kualiti gambar, fleksibiliti, dan kemampuan cahaya rendah yang luar biasa, kamera aksi canggih ini kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,899.

Kualiti Imej Dan Prestasi Warna Yang Menakjubkan

 Osmo Action 4 menggabungkan kualiti imej yang menarik dengan fleksibiliti kamera yang tiada tandingan.

Ianya tampil dengan sensor imej 1/1.3″ yang berkuasa, aperture f/2.8 yang lebar dan saiz piksel setara 2.4μm, ia boleh merakam video 4K/120fps dengan FOV ultra lebar 155°, membolehkan pengguna menangkap syot penuh dengan perincian luar biasa, walaupun dalam keadaan cahaya malap.

Selain itu, Osmo Action 4 juga menampilkan ciri-ciri seperti mod penstabilan 360°HorizonSteady, termasuk RockSteady 3.0/3.0+ untuk rakaman FPV dan HorizonBalancing atau HorizonSteady untuk tangkapan mendatar, Osmo Action 4 memastikan pengimejan yang stabil dan berkualiti tinggi dalam pelbagai senario sukan dan bukan sukan.

Seterusnya, ianya turur menyokong mod warna D-Log M 10-bit yang menawarkan lebih daripada satu bilion warna dan julat dinamik yang lebih luas, menawarkan pelbagai kemungkinan kreatif untuk pasca penerbitan.

Sensor  suhu warna yang canggih  memastikan ton yang benar-benar nyata, sama ada dirakamkan di luar, dalam atau dalam air, menghasilkan warna-warna terang yang jelas dan menonjolkan.

Bateri Yang Kuat Untuk Penggambaran Ekstrim

Bateri Osmo Action 4 tampil dengan jangka hayat bateri membolehkan ianya digunakan lebih daripada 2.5 jam . Apabila tiba masanya untuk  mengecas semula, keupayaan pengecasan yang pantas memastikan kesediaan untuk merakam dengan cepat, dan hanya mengambil masa selama 18 minit untuk mengecas bateri sehingga 80%. Selain itu, bateri Osmo Action 4 dibina untuk menahan suhu yang rendah dengan reka bentuk tahan beku yang membolehkan rakaman sehingga 150 minit dalam suhu serendah -20°C (-4°F).

Dalam pada itu, DJI Osmo Action 4 juga direka untuk menahan kedalaman sehingga 18 meter tanpa memerlukan bekas pelindung tambahan yang membolehkan pengguna menyelam dengan yakin dan mudah dikawal walaupun dengan tangan yang basah.

Seterusnya, DJI Osmo Action 4 mempunyai tiga mikrofon dan perisian pengurangan hingar angin termaju yang membolehkan rakaman audio yang dipertingkatkan, walaupun dalam senario berangin atau bergerak pantas.

Keupayaan penstriman langsung Wi-Fi lebar, pengguna boleh berhubung dengan penonton secara mudah menggunakan Wi-Fi atau sambungan hotspot melalui telefon pintar mereka dan memastikan pengalaman penyiaran yang lancar.

Berikut adalah aksesori tambahan yang direka untuk memaksimumkan potensi kamera aksi ini :

  • Pelekap Tali Dada Osmo Action
  • Pelekap Dagu Helmet Osmo Action
  • Kotak Pelindung Kalis Air 60m Osmo Action
  • Pemegang Terapung DJI
  • Kit Asas Pelekat Osmo Action
  • Pelekap Rel Kerusi Basikal Osmo Action
  • Pelekap Pemegang Basikal Mini Osmo Action
  • Tali Pergelangan Tangan 360° Osmo Action
  • Alat Kawalan Jauh Bluetooth GPS Osmo Action
  • Batang Sambungan Mini Osmo Action
  • Pemasangan Tali Beg Galas Osmo
  • Kotak Pelindung Bateri Pelbagai Fungsi Osmo Action
  • Pelekap Leher Gantung Osmo Action

Berikut adalah harga DJI Osmo Action 4 di Malaysia

  • Kombo Osmo Action 4 Standard  (RM1899)
  • Kombo Osmo Action 4 Adventure (RM2389)

Osmo Action 4 kini boleh didapati di kedai rasmi DJI, Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.