Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Acer Day Kembali dengan Pelbagai Aktiviti, Promosi, Hadiah, dan Peranti Edisi Khas

Acer day 2023

Perayaan tahunan Acer Day kembali dengan pelbagai aktiviti dan promosi yang mengujakan untuk dinanti-nantikan para pengguna, mulai esok (3 Ogos 2023).

Dengan tema #AceYourWorld, Acer Day 2023 bertujuan untuk memberdayakan individu-individu mencapai tujuan mereka dan menerangi potensi sepenuhnya melalui akses kepada teknologi.

Acer Day 2023 menggalakkan semua pihak, sama ada pelajar, gamer, golongan profesional, dan usahawan, untuk mengambil kendali atas takdir mereka sendiri dan mencipta pengaruh yang unik dalam dunia ini.

Acer Swift Go 14 Edisi Khas

Acer Malaysia hari ini memperkenalkan Acer Swift Go 14 Edisi Khas, dibawa khas untuk Acer Day 2023.

Dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core H generasi ke-13 yang mementingkan prestasi, Acer Swift Go 14 Edisi Acer Day ini datang dengan paparan OLED 14 inci yang sangat diminta, menawarkan warna yang terang lagi tepat, hitam yang luar biasa, dan kualiti imej yang sangat jelas.

Dengan berat hanya 1.25kg, komputer riba edisi khas ini mempunyai reka bentuk tersendiri yang menghiasi casis komputer riba mudah alih yang ringan lagi nipis ini.

Acer Swift Go 14 Edisi Khas tersedia dalam dua pilhan, iaitu model Core i7 dan Core i5 dengan harga masing-masing RM4,599 dan RM3,899. Dilengkapi dengan Microsoft Office Home and Student 2021 serta jaminan selama 2 tahun, ia akan tersedia pada bulan Ogos 2023.

Perayaan dengan Shopee Super Brand Day

Untuk memulakan perayaan ini, Acer Day akan bermula dengan Shopee Super Brand Day pada 3 Ogos 2023 dengan Shopee Live, jualan kilat dan pelbagai promosi.

• Acer Malaysia telah menyediakan pelbagai hadiah yang berharga lebih dari RM9,000, termasuk komputer riba Acer Swift Edge yang nipis lagi ringan sebagai hadiah semasa Shopee Live Acer yang bermula pada jam 1pm dan Shopee Live Acerpure yang bermula pada jam 3pm.

• Para pelanggan boleh mendapat diskaun sehingga RM1,430 untuk pelbagai produk di kedai-kedai Acer terpilih dan kedai flaghip serta kedai rasmi Acerpure pada hari yang sama.

• Sebagai tambahan, pelanggan boleh mendapat baucar sehingga RM 250 yang boleh langsung digunakan di saat pembayaran.

Karnival Acer Day

Tahun ini, Acer Malaysia membawa Acer Day lebih dekat ke pelanggan dengan karnival yang akan diadakan di kedai-kedai Konsep Acer terpilih sepanjang 4 minggu.

Ujaan luar talian yang berterusan ini direka sebagai perayaan untuk pelanggan, bakal pelanggan, dan pengguna umum dari kawasan yang berbeza, membolehkan mereka menyertai Acer Day di kedai yang terdekat.

• Para pelanggan yang membeli produk dengan segera boleh memutar roda untuk peluang memenangi rebat tunai berdasarkan pembelian mereka dengan kumpulan hadiah berharga RM230,000.

• Jualan kilat pada 2pm-6pm pada hari Sabtu terpilih di kedai-kedai Konsep Acer terpilih menawarkan potongan harga yang mencecah lebih dari 90% untuk komputer riba, komputer desktop, monitor, dan peranti persisian pembersih udara terpilih selama masa karnival.

Promosi selama Perayaan Acer Day

Promosi selama dua bulan akan bermula dari 3 Ogos sehingga 30 September 2023 di kedai-kedai Acer terpilih di Malaysia.

Kedua-dua varian Acer Swift Go 14 Edisi Khas akan dijual dengan potongan harga sebanyak RM300 selama perayaan ini. Selain itu, siri Predator Helios Neo 16 akan menikmati potongan harga sebanyak RM400, termasuk varian barun Helios Neo 16 yang dikuasakan oleh Intel Core i7 dan NVIDIA GeForce RTX 4060. Lengkap dengan RAM 16GB dan SSD 1TB, harga standard komputer riba ini adalah RM5,699.

Lebih Banyak Hadiah dan Keriangan

Dari tarikh 3 Ogos 2023 sehingga 30 September 2023, pelanggan yang membeli produk terpilih di atas talian atau di luar talian di semua kedai-kedai Konsep Acer dan kedai-kedai Acer terpilih akan dapat menebus kredit eWallet dan menyertai cabutan bertuah.

• Tebus kredit eWallet Touch ‘n Go sebanyak RM 250 melalui www.a-redemption.com.

• Turut serta dalam cabutan hadiah bulanan dengan kumpulan hadiah sebanyak RM100,000. Hadiah yang boleh dimenangi termasuk komputer riba Nitro 5, kerusi Gaming Predator, meja dengan ketinggian yang boleh dilaras, bagasi Acer Melbourne bersertakan aksesori Predator dan Nitro

• Pelanggan yang membeli komputer riba atau komputer desktop Predator dan Nitro terpilih dalam bulan Ogos akan berpeluang untuk memenangi sepasang tiket ke Intel Extreme Masters (IEM) di Sydney yang masing-masing berharga USD2,000.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.