Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Brand Store 3.0 – stor fizikal berwajah baharu bakal dibuka pada 29 Julai ini

realme Brand store 3.0

realme Malaysia telah mengumumkan penjenamaan semula stor fizikal realme di Malaysia dengan rekaan serba baharu dan futuristik yang dikenali sebagai Brand Store 3.0.

Sempena meraikan peristiwa penting itu, realme juga akan menawarkan promosi menarik dan cabutan bertuah.

Brand Store 3.0 akan menyambut pelanggan dengan konsep reka bentuk moden yang inovatif serta perkhidmatan dan pengalaman runcit yang dipertingkatkan.

Selain itu, pengalaman realme Brand Store 3.0 kini ditawarkan empat pusat beli-belah utama, iaitu Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Sunway Pyramid, Selangor; Palm Mall, Negeri Seremban; dan Ipoh Parade, Perak.

Stor-stor yang dinyatakan di atas akan dibuka pada 29 Julai 2023. Selepas itu, realme juga akan menaik taraf kedai jenama sedia ada kepada Brand Store 3.0.

Selain diskaun istimewa, realme juga menawarkan waranti tambahan 6 bulan, dan perlindunhan skrin retak  6 bulan (untuk model terpilih), pelanggan yang membeli produk Realme GT Series, Number Series, C Series dan realme Pad di Brand Store 3.0 juga akan mendapat hadiah percuma.

Untuk menggandakan keterujaan, realme akan mengadakan cabutan bertuah di mana pelanggan yang membeli mana-mana telefon pintar dan tablet realme  berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM20,000, termasuk TV realme 50 inci, Buku realme, Realme Pad Mini Wifi , dan banyak lagi.

Sementara itu, 11 pelanggan pertama yang membeli telefon pintar Realme 11 Pro 5G Series dari Brand Store 3.0 bakal membawa pulang hadiah misteri. 100 pengunjung terawal yang menyertai aktiviti gerai foto juga layak menerima doorgift eksklusif.

Berikut adalah promosi yang ditawarkan dengan pembelian telefon pintar realme yang terpilih :

Peluang Terakhir untuk mengunjungi pamera realme City Exploration Project

Bagi pengunjung yang berminat untuk berkunjung realme City Exploration Project, Pameran itu kini dilanjutkan sehingga Isnin, 31 Julai 2023. Terletak di kedai alat tulis bersejarah berusia 100 tahun di Chinatown Kuala Lumpur, Pameran ini membolehkan pengunjung dan pengunjung menyaksikan evolusi landskap bandar melalui gambar-gambar yang menakjubkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.