Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold5 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 – dari RM6,799

Samsung Galaxy Z Fold5

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan generasi baharu telefon pintar foldable mereka iaitu Samsung Galaxy Z Fold5 di Majlis Unpacked yang buat julung kalinya diadakan di Korea Selatan.

Samsung Galaxy Z Fold5

Samsung Galaxy Z Fold5 adalah model mercu didalam Galaxy Z Series dan ianya tampil dengan skrin paparan utama (skrin lipat) Dynamic AMOLED 2x berukuran 7.6-inci dengan resolusi 1768 x 2208 piksel dan kadar segar semula 120Hz serta nisbah skrin 23:1:9. Panel skrin ini juga menempatkan kamera UD 4MP generasi yang lebih baik dan kurang kelihatan.

Samsung Galaxy Z Fold5 juga tampil dengan profil yang nipis namun  kekal menggunakan bingkai Armour Aluminium dan ditambah dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus+ pada bahagian hadapan dan belakang.

Walaubagaimanapun, Samsung telah memperkenalkan engsel yang membolehkan ianya ditutup rapat berbeza daripada generasi Fold sebelum ini.

Selain itu, skrin paparan luar pada Samsung Galaxy Z Fold5 akan mempunyai ukuran 6.2-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan ianya juga menempatkan kamera selfie 10MP.

Samsung Galaxy Z Fold5 dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Beralih ke kamera, Samsung Galaxy Z Fold5 tampil dengan penambahbaikan kamera yang menyaksikan ianya dilengkapi sensor utama 50MP, sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 12MP yang menawarkan 3x zoom optikal (30x Space Zoom).

Pada bahagian bateri, Samsung Galaxy Z Fold5 tampil dengan bateri 4,400mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W serta pengecasan tanpa wayar 15W..

Lain-lain spesifikasi Samsung Galaxy Z Fold5 adalah One UI 5.1.1 yang berasaskan Android 13, 4 tahun sokongan kemaskini Android, kalis air IPX8 dan sokongan S Pen.

Samsung Galaxy Z Fold5 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna Icy Blue, Cream dan Phantom Black.

Samsung Galaxy Z Fold5 akan ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM  6,799 iaitu varian 12/256GB, RM 7,299 bagi varian 12/512GB dan RM 8,299 bagi varian 12/1TB.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.